Thursday, January 9, 2014

PALESTIN - Hamas Bebas 7 Anggota Fatah

Usaha serius menuju rekonsiliasi nasional Palestin ditunjukan oleh pemerintahan Hamas di Jalur Gaza, Selasa (08/01) Perdana Menteri Ismail haniyah mengumumkan akan membebaskan 7 orang tahanan anggota Fatah dari dalam penjara di Gaza sebagai lanmgkah awal menuju rekonsiliasi nasional Palestin.
Perdana Menteri Ismail Haniyah menjelaskan bahawa mereka yang akan dibebaskan merupakan tahanan yang berkaitan dengan keamanan politik dan nasional Palestin di Jalur Gaza.
Koresponden Al Jazeera di Jalur Gaza, Wael Dahdouh, mengatakan bahawa ”para tahanan yang akan dibebaskan tidak melewati jangkamasa lebih dari dua tahun di dalam sel tahanan.”
Perlu dicatat bahawa kedua-dua autoriti Palestin di Tebing Barat dan Jalur Gaza selalu melakukan usaha pelepasan tahanan setiap kali ada upaya untuk pemulihan hubungan terbuka antara Fatah-Hamas.  sumber

No comments: