Thursday, January 9, 2014

PALESTIN - Seorang Pejuang Jihad Islam Terbunuh



jihad islam
Briged Al-Quds , sayap militer gerakan Jihad Islam mengumumkan kematian salah seorang anggotanya pada Rabu (08/01) pagi waktu tempatan dalam sebuah serangan tentera Israel di timur Jalur Gaza, dan menegaskan akan membalas serangan Israel tersebut.
Hingga kini berita mengenai penyebab kematian anggota militer Briged Al-Quds masih simpang siur, dipetik koresponden Al Jazeera di Jalur Gaza dari sumber Saraya al Quds mengatakan, “seorang anggota mereka terbunuh terkenan roket yang dilancarkan militer Israel dari kenderaan berperisai di sebelah timur perbatasan Israel-Palestin.”
Agence France Presse menyiarkan bahawa anggota gerakan Jihad Islam yang meninggal akibat terkena bom yang dilancarkan dari sebuah pesawat Israel. Sedangkan menurut pejabat berita Reuters dikutip dari pejabat gerakan Jihad Islam menyatakan “tentera yang terbunuh akibat terkena bom dari kereta kebal Israel. sumber

No comments: