Friday, January 31, 2014

Suhu Dunia - Tanah Arab Kembali Subur (audio kuliah)

Orang ramai heboh tentang perubahan suhu dunia. Berikut ialah rakaman audio kuliah hadith peristiwa akhir zaman oleh pengasas Satu Umat iaitu Abu Zulfiqar yang menyentuh hal ini.








KULIAH 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN
kali ke-60 (Hadis ke-27)

Daripada Abu Hurairah radhiallaahu anhu berkata: Bersabda Rasulullah saw:
Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai.
(Hadis riwayat Muslim)

KETERANGAN

Sekarang kita telah mula menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyak melihat Tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan ditumbuhi rumput dan pohon-pohon kayu. 

Contohnya, Padang Arafah di Makkatul Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai padang tandus dan tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya. 

Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana Padang Masyhar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari kiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari suasana wuquf jemaah haji di padang Arafah setiap 9 Dzulhijjah tahun Hijriyyah.

No comments: