Tuesday, January 28, 2014

SWEDEN - 4 Anak Bakal Dijaga oleh Keluarga Muslim

Kuala Lumpur: Harapan untuk empat anak pasangan warga Malaysia yang dalam tahanan pihak berkuasa Sweden dipindahkan untuk jagaan keluarga Islam, dijangka menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Sheikh Nafiq Alfirdaous, berkata ketika ini segala urusan dengan pihak berkuasa Sweden berhubung perkara itu sedang dibuat bagi mendapatkan perintah Mahkamah Pentadbiran negara itu.

Beri kerjasama

Beliau berkata, Kedutaan Malaysia di negara itu berusaha keras dan memberi kerjasama sebaik mungkin dalam usaha memperoleh kebenaran memindahkan empat anak pasangan itu.

“Peluang untuk menempatkan anak-anak berkenaan di bawah penjagaan keluarga Islam amat cerah dan keputusan mengenainya akan diperoleh dalam masa terdekat ini selepas mahkamah memutuskannya.

“Dua keluarga rakyat Malaysia yang disenarai pendek sebagai penjaga anak berkenaan memenuhi kriteria ditetapkan pihak berkuasa Sweden,” katanya ketika dihubungi di Stockholm, semalam.sumber

No comments: