Friday, January 31, 2014

SWEDEN - Anak Pasangan Diserah ke Kedutaan MALAYSIA

Anak pasangan diserah kepada Kedutaan Malaysia
STOCKHOLM: Empat anak pasangan Malaysia yang kini ditahan reman kerana dakwaan memukul tangan anak lelaki mereka, diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini.

Sebelum ini, anak-anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal itu ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam di sini berikutan penahanan pasangan itu pada 18 Disember lalu.Selepas 42 hari terpisah daripada ibu bapa mereka, anak-anak itu yang dikenali sebagai Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif,7, dipertemukan dengan saudara mara mereka dari Malaysia di sini pada 4 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Empat beradik itu yang kelihatan teruja dan dan gembira, dibawa dari sebuah
sekolah ke Kedutaan Malaysia di sini sebelum dipertemukan dengan saudara mara
mereka.

"Saya sangat gembira dan terharu. Tidak sangka bertemu dengan saudara mara. Terima kasih semuanya," kata Aishah pada majlis penyerahan mereka oleh pihak berkuasa Sweden kepada Kedutaan Malaysia di sini.
Kedutaan Malaysia dijangka menyerahkan mereka kepada keluarga angkat baharu
iaitu keluarga Islam Malaysia di sini.

Aishah yang mewakili adik-adiknya turut berterima kasih di atas sokongan
padu kerajaan dan rakyat Malaysia sejak kes mereka dilaporkan bulan lalu.
- BERNAMA sumber

No comments: