Friday, January 31, 2014

SYRIA - Bantuan Kemanusiaan ke Kem Yarmouk

Kementerian Maklumat Syria, mengumumkan pada hari Khamis, bahawa masuknya bantuan kemanusiaan ke kem Yarmouk yang disekat sejak Jun lalu, telah dimulai.

Kementerian itu mengatakan bahawa “Masuknya bantuan kemanusiaan ke kem pelarian Yarmouk telah dimulai, dan akan selesai pada setelah zuhur hari ini (30/1).

Memetik perkataan Ketua rekonsiliasi Palestin, Syeikh Muhammad Umar, bahawa penyerahan bantuan telah bekerjasama dan berkoordinasi dengan badan PBB untuk bantuan dan urusan pelarian Palestin “UNRWA” dan organisasi kemanusiaan lainnya.

Perlu dicatat bahawa pelarian kem Yarmuk yang terletak di Selatan Damsyik, yang telah dikuasai oleh sebahagian besar militan pembangkang, dan telah disekat oleh rejim sejak Jun lalu . dan PBB menghimbau kepada semua pihak dan negara-negara untuk segera memenuhi dan memfasilitasi bantuan kemanusiaan kepada 18 ribu orang yang terpernagkap di kem. sumber

No comments: