Thursday, January 16, 2014

SYRIA Dipercayai Gunakan Bom Kimia Lagi

Jaringan berita Syria menuduh tentera rejim Bashar kembali menggunakan bom yang membawa gas beracun di kota Daraya wilayah Damsyik. 3 orang warga awam terbunuh dan 10 orang lainya mengalami kebutaan dan sesak nafas.
British menuduh pemerintah Syria telah melakukan jenayah perang dengan mengebom kawasan penduduk awam dengan menggunakan bom barel.
Menteri Luar Negeri Britain William Hague mengatakan di depan anggota Parlemen Britain ” penggunaan senjata di kawasan penduduk awam jelas merupakan jenayah perang untuk menyebarkan teror di kalangan penduduk awam .”
Organisasi hak asasi manusia Syria mengatakan bahawa bom rakitan dan bom barel telah menbumuh ratusan orang dalam tempoh waktu 2 bulan terakhir.
Selain Britain, pemerintah Amerika Syarikat juga mengutuk penggunaan bom barel tersebut . Pihak berkuasa Syria beralasan bahawa penggunaan bom barel untuk memerangi kelompok teroris bersenjata Syria. sumber

No comments: