Saturday, January 25, 2014

SYRIA - Hizbullah Berperanan Aktif

Sebuah kajian yang dilakukan oleh America Study Center menyatakan bahawa penglibatan pasukan bersenjata Hizbullah berperang bersama tentera Syria melawan pasukan pejuang revolusi menyebabkan kerugian tersendiri bagi Hizbullah.

Dalam penelitian yang dilakukan oleh The Washington Institute mengenai penglibatan Hizbullah di Syria “apakah sebuah keberhasilan atau kekalahan?” oleh ahli defensif intelijen AS Jeffrey Weit, menyatakan bahawa milisi Hizbullah berperanan penting dalam perang di Syria.

Jeffrey menyatakan bahawa milisi Hizbullah merupakan kekuatan terbaik yang dimiliki oleh rezim Bashar al Assad saat ini di tanah Syria. Menurutnya milisi Hizbullah memiliki peranan mengembalikan semangat tempur sekitar 50 ribu tentera Syri di berbagai titik lokasi peperangan.

Akan tetapi Jeffrey mengingatkan bahawa Hizbullah mengalami kerugian tersendiri di dalam tubuh mereka dan perang menghadapi Israel ditengah fokus mereka di Syria. sumber

No comments: