Thursday, January 9, 2014

SYRIA Pindah Senjata Kimia

Damsyik: Syria mula memindahkan bahan senjata kimianya keluar dari negara itu dalam fasa penting program pelucutan disokong antarabangsa yang tertangguh akibat perang dan masalah teknikal. 

Misi bersama memantau usaha itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPWC), kelmarin berkata bahan berkenaan dipindahkan dari dua kawasan ke pelabuhan Latakia dan kemudian dimuatkan ke dalam kapal komersial Denmark. 
Ini adalah langkah penting memulakan pemindahan bahan berkenaan sebagai pelan melengkapkan pembuangannya di luar wilayah Syria. Saya menggalakkan kerajaan Syria mengekalkan momentum memindahkan saki baki kimia, dengan selamat dan tepat pada masa, supaya ia boleh dimusnahkan di luar Syria secepat mungkin, kata Ketua Pengarah OPCW, Mehmet Uzumcu, dalam satu kenyataan. 


Dalam temu bual berasingan dengan Al-Jazeera, penyelaras misi bersama bagi PBB dan OPCW, Sigrid Kaag, berkata pemindahan pertama menunjukkan ada kemajuan dicapai. 

Ini adalah yang pertama dalam siri tindakan yang dijangka diambil pihak berkuasa Syria untuk memastikan semua ejen kimia dikeluarkan dari negara itu, katanya.  sumber

No comments: