Thursday, February 13, 2014

AFRIKA TENGAH - Etnik Muslim Sedang Dihapuskan

Bangui: Beberapa kumpulan hak asasi mendakwa kempen ‘pembersihan etnik’ sedang dilakukan terhadap penduduk Muslim di Republik Afrika Tengah yang tidak boleh dibendung pasukan keamanan antarabangsa.

Amnesty International menerbitkan sebuah laporan semalam, mendakwa ia mendokumenkan sekurang-kurangnya 200 pembunuhan orang Islam oleh militan Kristian di bahagian barat negara itu.

“Pembersihan etnik sudah dijalankan di bahagian barat kawasan dengan penduduk paling padat, sejak awal Januari 2014,” kata Amnesty.

“Seluruh komuniti Muslim terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing dan ratusan lagi yang gagal menyelamatkan diri dibunuh sewenang-wenangnya oleh militan yang dikenali sebagai anti-Balaka,” tambahnya.

Kumpulan hak asasi itu berkata serangan terhadap penduduk Islam dilakukan sejajar dengan hasrat kerajaan mengusir mereka di negara itu.

“Militan Kristian menyifatkan Muslim sebagai ‘orang luar’ yang patut meninggalkan negara itu atau dibunuh,” kata Amnesty.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon berkata negara terjejas akibat perang itu mungkin terbahagi dua dan menggesa komuniti antarabangsa membantu mengekang kezaliman.-AGENSI sumber

No comments: