Wednesday, February 12, 2014

ALGERIA - 77 Maut Pesawat Tentera Terhempas, 1 Selamat

Foto ORANG ramai melihat keadaan bangkai pesawat pengangkut tentera Algeria selepas terhempas di kawasan pergunungan di timur negara itu, hari ini. - Foto REUTERS

ALGIERS: Sebuah pesawat pengangkut tentera Algeria terhempas di kawasan pergunungan di timur negara itu, hari ini mengorbankan 77 orang dengan seorang terselamat.

Pusat kawalan trafik udara gagal mengesan pesawat daripada radar dan perhubungan radio dengan pesawat C-130 Hercules buatan Amerika Syarikat pada tengah hari sebelum heiekopter dikerah menjalankan operasi mencari.


Ketika nahas, pesawat dalam pernerbangan ke Constantine dari Tamanrasset yang kini dalam operasi ketenteraan besar-besaran berikutan keadaan tidak stabil di sempadan selatan negara itu.

Pesawat berkenaan membawa 74 penumpang dan empat anak papal, kata tentera Algeria dalam satu kenyataan.

Nahas dipercayai berlaku akibat cuaca buruk.

Satu-satunya penumpang yang terselamat setakat ini ialah seorang anggota tentera yang hanya mengalami kecederaan di kepala dan kini dirawat di hospital tentera.
Sementara itu, Agensi Pertahanan Awam Algeria berkata, pesawat berkenaan patah tiga dengan wanita dan kanak-kanak antara yang maut.

Menjadi satu kebiasaan pesawat pengangkut tentera Algeris digunakan bukan saja untuk membawa anggota tentera, malah anggota keluarga mereka, termasuk orang awam.

Komander tentera Farid Nechad, yang mengetuai pasukan penyelamat berkata, setakat ini 55 mayat sudah ditemui di tempat nahas namun cuaca sejuk dan terdapat salji menyukarkan operasi. - AP sumber

No comments: