Wednesday, February 19, 2014

AUSTRIA - Rundingan Nuklear IRAN Masuk Peringkat Baru

Vienna: Rundingan nuklear antara Iran dan kuasa dunia memasuki peringkat baharu semalam ketika perunding mengusahakan perjanjian jangka panjang bagi menamatkan kebimbangan membabitkan cita-cita nuklear Iran.

Kejayaan mungkin membantu memperbaiki hubungan Iran-Washington selepas 35 tahun revolusi Islam dan memberikan faedah lain, termasuk Syria. Kegagalan mungkin membawa kepada konflik.

 Bagaimanapun harapan tidak tinggi diletakkan untuk pertemuan tiga hari yang dijadualkan di Vienna antara Iran, AS, China, Russia, Britain, Perancis dan Jerman itu, dijangka sukar.


Sehari sebelum itu, pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata, beliau ‘tidak yakin’ dan menambah jangkaannya bahawa rundingan itu ‘tidak akan ke mana-mana’ walaupun beliau tidak ‘menentangnya’.

“Berkemungkinan kita tidak memperoleh apa yang kita mahukan,” kata seorang pegawai kanan rasmi pentadbiran AS di Vienna untuk rundingan berkenaan.

“Tetapi rundingan adalah peluang terbaik yang ada untuk diplomasi bagi menyelesaikan cabaran keselamatan negara ini.”

Iran sudah lama dianggap cuba membangunkan senjata nuklear, di sebalik penafiannya. Sementara itu, AS dan Israel yang masing-masing adalah kuasa nuklear utama dunia, tidak pernah menolak tindakan ketenteraan.
Pada 24 November di Geneva, menteri luar tujuh negara itu mencapai perjanjian besar selepas kegagalan usaha diplomatik selama sedekad selain tekanan yang kian memuncak.

Mengikut perjanjian itu, yang akan bermula pada 20 Januari, Iran akan meneliti semula aktiviti nuklear tertentu sebagai tukaran kepada bantuan kecil yang sebelum ini disekat, selain komitmen tiada sekatan lain dikenakan lagi.

Buat kali pertama kuasa Barat membenarkan Iran pemeringkatan uranium, satu proses menghasilkan tenaga nuklear tetapi berpotensi menjadi bahan bom yang sebelum ini diarahkan sekatan penuh.sumber

No comments: