Friday, February 28, 2014

BRUNEI Tahan Suspek Jemaah Islamiyah

Bandar Seri Begawan: Pihak berkuasa Brunei menahan seorang warga Indonesia yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) kerana didakwa terbabit dalam aktiviti berkaitan keganasan di negara itu, lapor media semalam.

Suspek, dikenali sebagai ‘Daniel atau Awaluddin Sitorus, ditahan pada 21 Februari lalu dan dipercayai menjadi anggota JI yang beribu pejabat di Indonesia, menurut Brunei Times.
 
 JI, yang dikatakan bersekutu dengan al-Qaeda, dipersalahkan di atas beberapa serangan di Asia Tenggara, dengan paling dahsyat adalah pengeboman di Bali pada Oktober 2002 yang mengorbankan 202 orang.


Awaluddin disyaki merancang membantu militan memasuki dan menggunakan Brunei - yang berkongsi kepulauan Borneo dengan Malaysia dan Indonesia - sebagai kubu dan menyalurkan kewangan untuk militan di luar negara, menurut akhbar itu yang memetik kenyataan pegawai keselamatan Brunei.

Pihak berkuasa Brunei tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Awaluddin, yang dinyatakan dalam akhbar, berusia dalam lingkungan 40-an dan menggunakan banyak nama samaran termasuk Abu Yasar dan Dani Sitorus, dibicarakan di Indonesia sedekad lalu berhubung rancangan mengebom tiga gereja di Medan pada Mei 2000. - AFPsumber

No comments: