Tuesday, February 18, 2014

DENMARK - Muslim Bantah Undang2 Penyembelihan Haiwan


halal denmarkOrganisasi “Detnich Halal” yang menaungi 53 organisasi muslim lainnya di Denmark, menganggap bahawa keputusan tentang penyembelihan aiwan dengan bius sangat tidak adil bagi minoriti agama, yang merupakan bahagian penting dalam struktur masyarakat Denmark, dan organisasi ini melancarkan kempen mengumpulkan tanda tangan warga yang menolak keputusan tersebut.

Organisasi ini juga menunjukkan bahawa keputusan tersebut secara automatik akan melarang cara penyembelihan haiwan yang halal bagi umat Islam.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan pangan Denmark, Dan Jorgensen – di mana ia salah satu yang ikut menandatangai keputusan yang akan mencegah penyembelihan secara agama – menjelaskan, bahawa hak-hak binatang telah ada sebelum agama datang,” dan bahawa Sweden dan Norway juga akan segera mengeluarkan keputusan serupa, dia menunjukkan bahawa haiwan mesti dibius dahulu sebelum disembelih, dan itu tidak bertentagan dengan prinsip kebebasan beragama.

Keputusan yang menuai kontra ini, sudah mula dihebohkan pada masa mantan menteri Pertanian Denmark “Karen Haekrup”, namuan mulai dibahas pelaksanaannya secara efektif pada masa menteri saat ini.
Pemerintah Denmark menenkankan pada perlunya untuk mengikuti metode penyembelihan yang digunakan di sebahagian besar negara-negara Eropa, yaitu dengan cara haiwan dibius lalu kemudian ditembak di kepala yang mencegahnya dari gerakan. Dan ini tidak sesuai dengan cara yang halal. (hr/im) sumber

No comments: