Saturday, February 1, 2014

FILIPINA - 53 Terbunuh di Selatan

MANILA 1 Feb. - Pertempuran yang sudah berlarutan selama seminggu di antara tentera Filipina dengan kumpulan pemberontak di selatan negara ini, telah mengakibatkan 53 orang terkorban dengan tiga daripadanya merupakan kanak-kanak yang dilatih untuk menjadi tentera pemberontak.

Jurucakap wilayah, Kolonel Dickson Hermoso berkata, serangan ke atas kumpulan Barisan Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) di selatan Mindanao telah mengakibatkan 52 orang pemberontak terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak dan seorang askar.

“Mereka menjadikan kanak-kanak sebagai pemberontak dengan membekalkan senapang dan pakaian seragam untuk penyamaran.

“Apabila kami menyerang, kami tidak boleh melakukan diskriminasi kerana mereka adalah kanak-kanak," jelas Hermoso.

Kata Hermoso, tentera dan penduduk tempat turut mengesahkan tiga orang tentera kanak-kanak merupakan antara pemberontak yang dikebumikan sejurus selepas mereka dibunuh. - AFP

No comments: