Wednesday, February 12, 2014

INDONESIA - Jerebu Litupi Sumatera

Medan: Jerebu tebal akibat kebakaran di Barat Indonesia menyelubungi ruang udara mengakibatkan jadual penerbangan terganggu, manakala pihak berkuasa terpaksa menutup sekolah.

Pegawai Indonesia semalam berkata kebakaran belukar dan semak berlaku setiap tahun dalam kawasan hutan tebal di Sumatera, pulau yang sering mengalami letusan gunung berapi.“Jarak penglihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Syarif Kasim II, di wilayah Riau, dilaporkan hanya 500 meter menyebabkan pesawat lewat tiba manakala jadual penerbangan turut terjejas,” kata seorang pegawai di lapangan terbang.


Kira-kira 200 sekolah juga ditutup ekoran jerebu tebal di daerah Siak, Riau.

“Udara tidak sihat untuk kanakkanak,” kata ketua pejabat pendidikan tempatan, Kadri Yafis.

Ancaman tahunan

Jerebu ekoran kebakaran di Sumatera adalah ancaman tahunan yang sering menjejaskan Malaysia, Singapura dan Thailand. Kebakaran berlaku ketika Indonesia masih berdepan kesan lahar dan gas akibatletusan gunung berapi Sinabung di bahagian utara Sumatera.
Pada 1 Februari lalu sekurangkurangnya 17 orang, termasuk empat pelajar sekolah terkorban akibat letusan gunung berapi berbahaya di wilayah itu.

Lebih 30,000 orang dipindahkan ke pusat perlindungan sementara sejak paras berjaga-jaga gunung berapa Sinabung itu ditingkatkan ke paras tertinggi pada November.

Indonesia mempunyai banyak gunung berapi aktif dan berada di atas garisan tidak stabil kerak bumi yang dikenali sebagai Lingkaran Api Pasifik yang merentang dari Lautan Pasifik hingga Lautan Hindi.

Titik panas kebakaran meningkat

Sementara itu sebanyak 297 titik panas kebakaran hutan dilaporkan dikesan pagi semalam, meningkat secara mendadak berbanding 62 sebelum ini. sumber

No comments: