Thursday, February 6, 2014

INDONESIA - Korban Sinabung Kini 16 Orang

JAKARTA 5 Feb. - Angka korban akibat letusan Gunung Berapi Sinabung meningkat kepada 16 orang hari ini apabila seorang lelaki maut akibat kecederaan dialaminya, lapor pegawai bencana.
Menurut Jurucakap Agensi Bencana Nasional, Sutopo Purwo Nugroho, warga emas berusia 70 tahun itu meninggal dunia selepas dirawat di hospital selama empat hari.
Jelas beliau, usaha mencari dan menyelamat disambung hari ini selepas ditangguhkan semalam ekoran hamburan batu serta abu panas letusan Sinabung.
Lebih 31,000 penduduk sekitar gunung berapi tersebut terpaksa dipindahkan selepas Sinabung meletus pada September tahun lalu. - DPA

No comments: