Wednesday, February 12, 2014

IRAN - 4 Lelaki dalam Pasukan Bola Sepak Wanita

Pemain bola wanita perlu periksa jantina 
 
 
Tehran: Pemain bola sepak wanita di Iran akan diwajibkan menjalani pemeriksaan jantina, selepas empat pemain pasukan wanita kebangsaan negara itu didapati adalah lelaki.

Ketua Jawatankuasa Perubatan Persekutuan Bola Sepak Iran, Ahmad Hashemian berkata, pemeriksa perubatan akan melakukan pemeriksaan ketika sesi latihan dan mana-mana pemain yang gagal pemeriksaan dan tidak dapat membuktikan bahawa mereka wanita tulen akan dilarang menyertai perlawanan. 

Beliau yang dipetik akhbar The Telegraph berkata pihak berkuasa mengumumkan mengenai pemeriksaan itu selepas beberapa pemain utama, termasuk empat orang daripada pasukan kebangsaan disahkan sebagai lelaki. sumber

No comments: