Saturday, February 1, 2014

IRAQ - Bangunan Kementerian Diserang

BAGHDAD 31 Jan. - Seramai lapan orang anggota militan Iraq menyerang sebuah bangunan kerajaan di bandar raya ini dan menahan beberapa kakitangan awam sebagai tebusan semalam.

Serangan itu dilakukan ke atas pejabat kementerian pengangkutan di sepanjang Jalan Canal di kawasan timur laut ibu kota negara ini, apabila pasukan keselamatan bergelut dengan pejuang antikerajaan di barat wilayah Anbar.

Terdahulu, Washington telah menyediakan senjata tambahan kepada Baghdad untuk membantu negara tersebut memerangi kumpulan militan dan merancang untuk menjual 24 buah helikopter Apache kepada Iraq.
Bagaimanapun, beberapa diplomat dan penganalisis berkata, kerajaan Syiah yang memimpin Iraq mesti berusaha lebih untuk mendekati masyarakat Sunni yang setia untuk melemahkan sokongan untuk militan. - AFP

No comments: