Friday, February 21, 2014

LIBYA - Mangsa Rogol Dibela

LUAR NEGARA


TRIPOLI 21 Feb. - Kerajaan Libya semalam memutuskan untuk mengiktiraf wanita yang mengalami keganasan seksual sepanjang kebangkitan rakyat menggulingkan Muammar Gaddafi pada 2011 sebagai ‘mangsa perang Menteri Kehakiman, Salah al-Marghani berkata, mereka mengguna pakai dekri ‘melindungi masa rogol semasa perang pembebasan dan mengiktiraf mereka sebagai mangsa perang’.

Di bawah undang-undang itu, mereka yang terlibat boleh mendapat manfaat sama ada dalam bentuk kewangan, perubatan, perumahan dan bantuan pendidikan.

Dekri itu kini akan dihantar kepada Kongres Agung Kebangsaan, pihak berkuasa politik tertinggi di negara ini supaya dapat diluluskan sebagai undang-undang. - AFP

sumber:

No comments: