Thursday, February 6, 2014

LIBYA Musnah Senjata Kimia Era Gaddhafi

Tripoli: Libya sudah memusnahkan sepenuhnya senjata kimia tinggalan diktator yang digulingkan Muammar Gaddafi, kata Menteri Luar, Mohamed Abdelaziz semalam.

“Libya kini bebas sepenuhnya daripada menggunakan senjata kimia yang boleh menggugat keselamatan komuniti tempatan, alam sekitar dan negara jiran,” katanya.

Abdelaziz berkata demikian pada majlis yang turut dihadiri ketua Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW), Ahmet Uzumcu, yang mengalu-alukan sokongan antarabangsa dalam menghentikan operasi senjata, yang katanya kini sedang dicontohi Syria.

“Ia menyediakan contoh yang baik dalam hubungan antarabangsa yang kini dicontohi Syria dalam skala yang lebih besar,” kata ketua OPCW itu.

Operasi perlucutan senjata Syria, yang dipersetujui oleh Damsyik tahun lalu diancam tindakan ketenteraan barat, tidak berjalan seperti dirancangkan dan mencetuskan kebimbangan di Washington. - AFP sumber

No comments: