Wednesday, February 5, 2014

LIBYA - Semua Senjata Kimia Sudah Dimusnahkan

TRIPOLI: Libya menegaskan negara itu sudah memusnahkan semua senjata kimia termasuk bom dan peledak artileri yang memuatkan gas.

“Libya kini bebas sepenuhnya daripada sebarang senjata kimia...yang boleh membawa ancaman kepada keselamatan penduduk, alam sekitar dan negara jiran serantau," kata Menteri Luarnya, Mohammed Abdel-Aziz dalam satu ucapan yang dipetik agensi berita negara itu, hari ini.


Di bawah pemerintahan Gadhafi, Libya mengisytiharkan pada 2004 bahawa Negara itu mempunyai 25 metrik tan bahan peledak sulfur dan 1,400 metrik tan bahan pemula untuk membuat senjata kimia. - AFP sumber

No comments: