Wednesday, February 5, 2014

MALAYSIA - Debu Gunung Sinabung dari INDONESIA

PUTRAJAYA: Jabatan Meteorologi melaporkan sehingga jam 6 petang kelmarin, terdapat pergerakan angin barat laut dari lokasi letusan Gunung Berapi Sinabung yang berkemungkinan membawa debu-debu gunung berapi terbabit ke Selatan Semenanjung.

Kejadian letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara berlaku pada 2 Februari lalu.

Keadaan ini diramalkan akan berterusan sehingga esok dan berpotensi menyebabkan gangguan kepada operasi penerbangan dan mengurangkan jarak penglihatan dalam negara.


Semalam, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan pada jam 11 pagi menunjukkan sebanyak 38 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik, manakala sebanyak 14 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan sentiasa memantau dengan rapi perkembangan status kualiti udara dari semasa ke semasa dan akan memaklumkan sebarang perubahan signifikan yang berlaku.

Maklumat mengenai status kualiti udara dan bacaan IPU setiap jam boleh didapati melalui laman web http://www.doe.gov.my. SUMBER

No comments: