Thursday, February 20, 2014

MALAYSIA - Jom Jejaki Dinasour di Kuala Semantan

Misi jejaki dinosaur
Kuantan: Gugusan Kuala Semantan, dekat Maran dipercayai lokasi penemuan fosil dinosaur spinosauridae oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya (UM) dengan kerjasama penyelidik Universiti Waseda, Tokyo, Jepun.

Berdasarkan maklumat, pasukan penyelidik memasuki kawasan berkenaan sejak tiga tahun lalu, namun mereka tidak mendedahkan bidang penyelidikan kepada orang awam.
Kedudukan gugusan Kuala Semantan yang menghubungkan pekan Chenor, Maran ke Temerloh agak pedalaman dan kemungkinan besar kumpulan penyelidik itu berjaya menemui fosil berkenaan di satu daripada kawasan sepanjang jajaran itu.


Menurut sumber, pasukan penyelidik memulakan kajian pada September 2012 dan menemui fosil, dipercayai dari era lewat Mesozoic yang menghuni bumi pada zaman Cretaceous iaitu antara 65 juta hingga 145.5 juta tahun lalu. sumber

No comments: