Monday, February 17, 2014

MESIR - Bas Meletup, 3 Pelancong Maut

KAHERAH: Sebuah bas membawa pelancong Korea Selatan meletup berdekatan sempadan Mesir dengan Israel menyebabkan tiga orang maut dan pemandu bas terbabit semalam, kata pegawai kanan hari ini.

Ia adalah serangan pertama terhadap bas pelancong sejak Presiden Mohamed Morsi digulingkan oleh tentera pada Julai lalu, mencetuskan tunjuk perasaan dan siri serangan di seluruh negara dengan sasaran utama kepada pasukan keselamatan.


Gabenor Selatan Sinai, Khaled Fouda berkata, tiga yang terkorban ialah warga Korea Selatan dan seorang pemandu rakyat Mesir. - AFP sumber

No comments: