Monday, February 24, 2014

MESIR - Doktor Dipenjara 2 Tahun krna Pakai Pin Rabia


pin rabiaMahkamah Mesir menjatuhkan hukuman dua tahun penjara, pada hari Ahad, dengan tuduhan telah menghasut kerusuhan di hospital, dan berafiliasi pada kelompok yang dilarang dan melakukan hasutan untuk melawan tentera, hal itu kerana doktor tersebut menggunakan pin yang berlogo “Rabia”.

Pengadilan telah memenjarakan Mervat Jalilah, seorang Ketua Bahagian Radiologi di hospital awam Mit Ghamr, selama dua tahun setelah dinyatakan bersalah atas tuduhan terhadap dirinya, di mana media menyebutnya isu “Pin Rabia”.

Sementara itu, Essan ezab, suami  Mervat, mengatakan : Pengadilan tersebut sangat mengejutkan dia dan isterinya serta pengacara yang telah mengikuti kaes ini, meskipun fakta menyatakan bahawa semua kesaksian dari doktor, teknisyn, dan pekerja hospital mendukung dan menekankan bahawa tuduhan tersebut tidaklah benar.”

Pihak berkuasa Mesir telah menangkap Doktor Mervat setelah memakai pin Rabia di hospital dan juga menuduh suaminya menyerang pihak keamanan dan melakukan pemukulan terhadap polis saat penangkapan.
Mervat juga dituduh berafiliasi dengan Ikhwan, menganggu kerja hospital serta dituduh berbicara dengan pasien dalam urusan politik. (hr/im) sumber

No comments: