Wednesday, February 12, 2014

MESIR - Parti Salafi Bakal Sokong As-Sisi dalam Pilihan Raya

Dalam satu bancian pendapat yang dilakukan Parti An Nur Salafi Mesir, menyatakan sebahagian besar kalangan internal parti mahu menyokong  Menteri Pertahanan Marshal Abdel Fattah al – Sisi sebagai presiden dalam pilihanraya akan datang.

Menurut sumber terpercaya dari kalangan Parti An Nur kepada akhbarAl Masry Al Youm mengatakan “Beberapa pemimpin tinggi parti telah bersetuju untuk mendukung Sisi dalam pilihanraya presiden akan datang, akan tetapi pendirian parti secara rasmi akan di umumkan kepada umum setelah pembahasan internal dan pengumuman rasmi Marshal Sisi sebagai calon presiden.”

Hal senada juga dilontarkan Dr Yasser Barhamme, wakil presiden Parti An Nur, yang menyatakan bahawa parti akan mengumumkan secara rasmi pendirian mereka dalam beberapa hari akan datang, dan Sisi berpeluang besar mendapatkan dukungan tersebut.

Selain mendukung Sisi, sebahagian kalangan di dalam Parti An Nur juga menyerukan aksi boikot dalam pilihan raya presiden mendatang, dan beberapa dari mereka juga mendukung pencalonan Dr Muhammad Salim Al – Awa , atau Leftenan Jenderal Sami Annan, sebagai orang kedua dalam tubuh militer.

Di sisi lain, beberapa pengamat politik Mesir memperkirakan bahawa Ikhwanul Muslimin akan mendukung Leftenan Jeneral Sami Annan dalam  pilihan raya presiden akan datang. (Almasryalyoum/Ram) sumber

No comments: