Friday, February 7, 2014

PAKISTAN Berunding dengan Taliban

Kumpulan perunding kerajaan Pakistan dan Taliban hari ini mahu mengadakan gencatan senjata selepas tamat pusingan pertama perbincangan kedua-dua pihak bagi menamatkan perang yang berlanjutan tujuh tahun.

Kedua-dua pihak berkumpul di Islamabad semalam dalam pertemuan peringkat awal yang berlanjutan lebih tiga jam bagi menggariskan hala tuju dalam perbincangan seterusnya bagi memeterai perjanjian damai.
Ketika membacakan kenyataan bersama selepas perbicangan itu, Maulana Sami-ul-Haq, iaitu ketua perunding Taliban berkata pihaknya bersetuju dengan tuntutan kerajaan bahawa kedua-dua pihak menamatkan aktiviti yang boleh mengancam keselamatan.

Irfan Siddiqui dari kerajaan Pakistan pula pihaknya amat teruja dengan hasil perbincangan awal itu dengan mendapat reaksi baik dari pihak Taliban.

“Kami amat gembira dengan wakil Taliban memberi reaksi bagi dengan semangat rundingan yang terbuka ke arah perdamaian," kata Siddigui.

Haq pula berkata, beliau akan mengadakan perbicangan lanjut dengan kepemimpinan Taliban dan rundingan pusingan kedua akan dibuat sebaik mendapat arahan selanjutnya. - AFP sumber

No comments: