Tuesday, February 25, 2014

PAKISTAN - Komander Kanan Taliban Dibunuh

Miranshah: Sekumpulan penyerang tidak dikenali menembak mati komander kanan Taliban Pakistan yang dikehendaki kerajaan semalam kata pegawai dan keluarga mangsa.

Bekas ketua sementara pergerakan itu, Asmatullah Shaheen, diserang hendap di kampung Dargah Mandi di Miranshah, bandar utama daerah puak bergolak, Waziristan Utara.

 “Penyerang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kereta Asmatullah Shaheen. Beliau bersama-sama tiga pembantu meninggal dunia di tempat kejadian,” kata pegawai keselamatan di Miranshah.


Saudara rapat Shaheen memberitahu AFP dua lagi yang berada di dalam kereta cedera parah.

Penyerang melarikan diri dengan kenderaan berasingan, kata pegawai.

Tiada kumpulan mendakwa bertanggungjawab di atas pembunuhan itu tetapi pegawai tempatan menyalahkan kumpulan militan saingan.

Kerajaan menawarkan ganjaran AS$160,000 (RM525,472) untuk kepala Shaheen, yang menjadi ahli kanan Taliban dan pemimpin puak Bhittani. - AFP sumber

No comments: