Friday, February 7, 2014

PALESTIN - Israel Sedia Singkirkan Abbas

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berharap mantan Ketua Preventive Security Service Palestin, Mohammed Dahlan, dapat segera menjadi pemimpin baru Palestin menggantikan Mahmoud Abbas.

Seperti dipetik akhbar Maariv Israel pada hari Khamis (06/02) menyatakan bahawa Netanyahu berharap Mohammed Dahlan dapat segera menggantikan Abbas. Maariv menambahkan, sejumlah utusan khusus pemerintah Israel telah melakukan pertemuan intensif dengan Dahlan yang kini tinggal di kota Dubai dalam tempoh waktu beberapa bulan terakhir.

Tercatat pada tahun 2010 Mohammed Dahlan di usir dari Palestin setelah dituding berusaha menggulingkan Abbas, Dahlan sendiri merupakan tokoh penting di dalam internal gerakan Fatah.

Maariv menjelaskan bahawa Israel kini sedang mempersiapakan seorang pemimpin Palestin yang dapat menandatangani perjanjian damai tetap antara Israel-Palestin, akhbar Israel ini menyebut bahawa “Dahlan boleh menjadi mitra bagi perdamaian dibandingkan Mahmoud Abbas.” (Rassd/Ram) sumber

No comments: