Monday, February 24, 2014

PALESTIN - Lelaki Berusia 125 Tahun

Gaza: Seorang lelaki Palestin, Rajab Al Toum, meminta Guinness Book of World Records memasukkan namanya sebagai manusia tertua dunia pada usia 125 tahun kerana dilahirkan pada 1889 dan pernah berperang di dalam Perang Dunia Pertama mempertahankan Empayar Uthmaniah yang memerintah wilayah itu selama ratusan tahun.

Al Toum berkata, kesihatannya masih baik dan mendedahkan rahsia umur panjangnya adalah tabiat pemakanan yang elok dan tidak mempercayai daging merah dan selalu mengambil minyak zaitun, susu dan daging arnab.

 Beliau yang tinggal di Semenanjung Gaza, hidup pada lima zaman berbeza termasuk Uthmaniah, penjajahan Britain, pemerintah Mesir, pencerobohan Israel dan kini di bawah pentadbiran Hamas.


Dikerah tentang tentera bersekutu

Dipetik agensi berita Anatolia, Al Toum, berkata beliau dikerah berkhidmat untuk empayar berkenaan ketika berusia 30 tahun.

Beliau berjuang mempertahankan empayar itu ketika Perang Dunia Pertama menentang tentera bersekutu di Lubnan sebelum dikalahkan dan terpaksa keluar dari Asia Barat pada 1918.

Beliau kembali ke Gaza dan berkahwin tetapi tidak mendapat anak. Beliau berkahwin lagi dan memperoleh sembilan anak dan keluarganya kini mengandungi 370 anggota.

Al Toum berkata, beliau kemudian pergi di pelabuhan Haifa untuk bekerja sebelum berpindah ke bandar Beersheeba di Negev untuk kerja lain. Kemudian beliau kembali ke Gaza dan bekerja sebagai peladang.

Al Toum masih ingat ketika tentera Israel menewaskan askar Arab pada 1948 dan menghalau beratus ribu penduduk Palestin daripada rumah mereka.

Katanya, ramai daripada penduduk meninggalkan kediaman masing-masing tetapi terus menyimpan kunci kerana menyangka akan pulang semula dalam masa beberapa hari.

Katanya, beliau banyak menghabiskan masa membaca al-Quran dan menonton berita, menambah amat kecewa dengan berita pembunuhan di kebanyakan negara Arab.

AGENSI sumber

No comments: