Tuesday, February 18, 2014

SYRIA - Bantuan ke Kem Yarmuk Terhenti

Menurut Chris Gans – Juru Bicara PBB “UNRWA” dalam sebuah pernyataan rasminya, mengatakan,”mereka belum mampu . sejak 9 hari, untuk memasukkan bantuan ke Kem Yarmuk yang masih berada di bawah sekatan di Damsyik.

Gans meminta pada pegawai Syria dan pihak lainnya untuk mempercepat kemasukan makanan, ubat-ubatan dan keperluan penting lainnya untuk Kem Pelarian Yarmuk.

Pernyataan tersebut juga mengatakan bahawa kesepakatan yang dicapai oleh para pegawai Syria dengan kelompok revolusi di Yamuk memerlukan waktu untuk pelaksanaannya, dan dia menunjukkan bahawa kanak-kanak di sana tidak dapat menunggu waktu lebih lama lagi.

Gans menyerukan kepada masyarakat antarabangsa untuk menjamin bantuan tersebut sampai ke kem secara berkelanjutan dan aman, dan dalam jumlah yang cukup.

Perlu dicatat bahawa badan ini telah mampu mendistribusikan 6,500 pakej bantuan kepada penduduk kem, pada periode 18 Januari – 8 Februari, tetapi sejak Sembilan hari terakhir, bantuan terhenti dan belum dapat diteruskan (hr/im) sumber

No comments: