PBB: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan operasi bagi membolehkan orang awam meninggalkan bandaraya Syria yang dikepung, Homs, akan dilanjutkan sehingga malam esok.

Pengumuman awal pagi tadi itu susulan kejayaan misi pemindahan tiga hari yang sukar di Homs di mana tembakan dan serangan membantut kemajuan.


Orang awam yang dipindahkan dalam misi itu adalah antara 3,000 yang terperangkap sejak Jun 2012 di bandaraya yang dikuasai kumpulan penentang dan diserang tentera Presiden Bashar al-Assad. - AFP sumber