Tuesday, February 4, 2014

THAILAND - 3 Beradik Ditembak Mati

NARATHIWAT: Tiga beradik maut manakala ibu dan bapa mangsa parah selepas terkena tembakan dalam keganasan di selatan Thailand, kata polis hari ini.

Kanak-kanak lelaki berusia tiga, lima dan sembilan tahun ditembak mati selepas pulang dari menunaikan solat, malam tadi di sebuah masjid di daerah bergolak Narathiwat.

Jurucakap Tentera Wilayah Selatan, Kolonel Pramote Promin, berkata beliau tidak dapat mengesahkan kematian berkenaan mempunyai kaitan dengan pemberontakan terhadap pemerintahan kerajaan Thai.


"Kami perlu menunggu siasatan polis. Namun masyarakat harus mengutuk perbuatan ini,” katanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan lelaki bersenjata melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah keluarga berkenaan. - AFP sumber

No comments: