BANGKOK: Pemisah Thailand dipercayai menembak mati lima orang, termasuk budak lelaki berusia sembilan tahun dan seorang sami Buddha, dalam serangan terbaru di selatan negara itu, kata polis semalam.

Pembunuhan bagi membalas dendam di atas kematian tiga budak lelaki Islam bersaudara baru-baru ini.
Empat penyerang bermotosikal melepaskan tembakan ke arah sami ketika beliau mengutip derma di daerah Mae Lan di wilayah Pattani pagi semalam, membunuh beliau dan tiga lagi penduduk kampung termasuk budak lelaki itu, kata polis.


Enam cedera, termasuk seorang anggota polis yang mengiringi sami itu.

Petang kelmarin di daerah Yaring di Pattani, wanita Buddha berusia 29 tahun yang menunggang motosikal balik dari kerja ditembak mati dan mayatnya dibakar.
Nota yang ditinggalkan di tempat kejadian berbunyi: “Kepada ketua tentera, ini bukan mayat terakhir untuk tiga beradik itu.”

Tiga beradik berkenaan - berusia tiga, lima dan sembilan tahun - ditembak mati minggu lalu di depan rumah mereka di Narathiwat selepas kembali daripada solat asar di masjid. Ibu mereka yang hamil dan bapa turut ditembak tetapi terselamat. – AFP sumber