Thursday, February 20, 2014

UAE - Perjalanan Sehala ke Marikh Difatwa Haram

Sebuah tawaran yang menjanjikan perjalalan satu arah  ke Marikh, mencetuskan fatwa bidang keagamaan Emirat Arab, yang menyatakan  perjalanan seperti itu haram  menurut Islam , kerana mengancam nyawa tanpa alasan yang benar .

” Perjalanan satu arah tersebut menimbulkan risiko nyata terhadap kehidupan , dan  tidak bolehdibenarkan dalam Islam , ” keputusan komite fatwa di bawah Autiriti Umum Urusan Islam dan Endowment mengatakan dalam sebuah pernyataan yang dipetik oleh Khaleej Times, pada Rabu, 19 Februari.

” Ada kemungkinan bahawa seseorang yang melakukan perjalanan ke planet Marikh mungkin tidak dapat hidup di sana, dan lebih terdedah terhadap kematian. “

Promosi ke Marikh itu dibuat oleh Mars One dari Belanda , yang mengundang sukarelawan untuk terbang dan mencuba hidup di Planet Merah , tanpa menawarkan teknologi bagaimana caranya  yang akan memungkinkan perjalanan kembali dari Marikh ke Bumi .

Pihak mereka merancang awali perjalanan  ke Marikh pada tahun 2023 . Pelamar berusia antara 18 dan 40 tahun dengan  keadaan fizikal yang baik .

Dengan hanya biaya $ 38 untuk sekali perjalanan , ribuan sukarelawan , termasuk sekitar 500 orang Saudi dan Arab lainnya , dilaporkan telah mendaftar  untuk misi yang biaya $ 6 billion.

Siapa pun yang memilih untuk ikut dalam “Perjalanan berbahaya ” , Ulama Emirate  mengatakan , mereka  akan binasa tanpa ” alasan yang benar ” , dan dengan demikian akan bertanggung jawab untuk ” hukuman yang sama dengan bunuh diri di pengadilan akhirat kelak ” . (oi.net/kh) sumber

No comments: