Wednesday, March 5, 2014

GLOBAL - 10 Peratus Wanita Eropah Jadi Mangsa Keganasan Seksual

VIENNA: Kajian membabitkan 42,000 wanita dalam Kesatuan Eropah (EU) mendapati kira-kira seorang daripada 10 orang pernah menjadi mangsa keganasan seksual dan separuh daripada mereka dilaporkan pernah diperkosa.

Perangkaan itu dianggap terbesar seumpamanya diumumkan hari ini oleh Agensi untuk Hak Asas EU dalam usaha untuk mengurangkan kes keganasan seksual dan mencabul kehormatan yang dialami 186.6 juta wanita di 28 negara kesatuan berkenaan.


Sementara itu, hanya seorang daripada tujuh wanita melaporkan kejadian paling serius berkaitan keganasan teman lelaki mereka kepada polis. - AP sumber

No comments: