Tuesday, March 18, 2014

GLOBAL - Malaysia Bukan Sasaran Al-Qaeda

Kuala Lumpur: Malaysia bukan negara sasaran serangan kumpulan al-Qaeda, sebaliknya hanya dijadikan pangkalan merekrut dan menjana sumber kewangan kumpulan militan itu.

Menurut sumber, berdasarkan hasil tangkapan anggota kumpulan pengganas terbabit di negara ini, kebanyakan mereka menggunakan Malaysia bagi tujuan itu dan tiada agenda kegiatan subversif.

Beliau berkata, kebanyakan anggota militan itu yang ditangkap di negara ini datang dari Pakistan dan Afghanistan.


Tiada ancaman

“Sepanjang tangkapan dilakukan terhadap anggota militan ini kita tidak menemui sebarang rancangan menyerang negara.

“Sebaliknya mereka menjadikan Malaysia sebagai pusat merekrut ahli untuk dihantar berjuang ke luar negara selain melakukan aktiviti perniagaan untuk mencari dana,” katanya di sini, semalam.

Misteri kehilangan pesawat MH370 terus menimbulkan tanda tanya apabila wujud dakwaan ia didalangi oleh al-Qaeda.
Dakwaan itu susulan laporan media antarabangsa mengenai seorang bekas pengikut kumpulan terbabit, Saajid Badat yang memberitahu mahkamah di New York minggu lalu, bahawa empat hingga lima rakyat Malaysia merancang untuk merampas kapal terbang.

Sumber berkata, walaupun Malaysia bukan negara sasaran namun ia tidak mustahil boleh berlaku.

“Sehingga kini, hasil kecekapan polis melalui perkongsian maklumat dengan Polis Antarabangsa kita berjaya mengekang kegiatan kumpulan itu,” katanya.sumber

No comments: