Saturday, March 29, 2014

INDONESIA -Kempen Pemilu Semakin Hangat

Jakarta: Ibu Pejabat Polis Jabatan Siasatan Jenayah menerima lima laporan dakwaan berlakunya pelanggaran akta jenayah ketika kempen Pilihan Raya (Pemilu) 2014 sekarang ini.

“Setakat ini, Pusat Penegakan Hukum Terpadu (Sentra Gakumdu) sudah membuat laporan polis, di mana terdapat lima laporan ketika kempen berlangsung,” kata Timbalan Ketua Polis, Jeneral Badrodin Haiti di ibu pejabat polis di Jakarta, semalam.

Badrodin berkata, pihaknya turut menerima laporan siasatan jenayah sebelum kempen bermula membabitkan 44 laporan jenayah berkaitan pilihan raya. Dia menjelaskan dakwaan pelanggaran itu antaranya membabitkan kempen di luar waktu yang dibenarkan, politik wang, janji politik dan pelbagai lagi.


“Kini, semua laporan itu sedang disiasat pihak polis,” katanya.

Pembabitan pegawai kerajaan

Berhubung laporan pembabitan pegawai kerajaan dalam kempen pilihan raya, Badrodin mengaku pihaknya belum menerima laporan berhubung hal itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan Awam, Pesuruhjaya Polis Agus Rianto, berkata daripada 11,396 pemilu yang diselenggarakan, hanya 8,471 melaporkan ada menerima notis pemberitahuan dari Ibu Pejabat Polis mengenai tarikh berkempen iaitu bermula 16 hingga 27 Mac 2014. sumber

No comments: