Monday, March 31, 2014

INDONESIA - Pesanan Susilo Bambang

Semarang: Ketua Umum Parti Demokrat, Susilo Bambang Yudhoyono meminta anggota partinya tidak memburuk-burukkan parti-parti politik lain.

“Mudah menyalahkan, mengatakan orang lain jelek (tidak bagus). Belum tentu dirinya lebih baik,” katanya ketika berucap ketika berkempen di Semarang, kelmarin. Beliau berkata memburuk-burukkan pihak lain atau orang lain adalah perbuatan tidak baik.

“Parti-parti politik lain bukan musuh kita. Mereka rakan kita, tidak perlu saling memburukkan-burukkan,” katanya.

Beliau mengakui meskipun masih ada kekurangan selama 10 tahun kepemimpinannya namun banyak kejayaan telah dicapai, dan rakyat harus menanam tekad untuk membawa Indonesia lebih maju untuk lima tahun akan datang.

Teruskan program
Menurutnya, program yang telah berjalan selama sepuluh tahun pemerintahan pimpinannya harus terus dilaksanakan kerana membawa kebaikan dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Seperti Kredit Usaha Rakyat (KUR) dan Program Nasional Pembudayaan Masyarakat (PNPM). Apakah rela kalau KUR, PNPM diganti? Tidak, rakyat tidak rela,” katanya, sambil disambut dengan sorakan penyokong parti itu.

Anggota Dewan Pembina Parti Demokrat, Pramono Edhie Wibowo juga meminta ahlinya supaya mematuhi apa yang dikatakan oleh Susilo.

“Demokrasi dibangunkan daripada rasa saling menghormati dan saling memberi maklumat yang benar. Bukan mengolah maklumat untuk tipu muslihat,” katanya. - AGENSI sumber

No comments: