Saturday, March 29, 2014

Inilah Negara Islam GAMBIA



GambiaAkhbar “Afrique Presse” mengatakan Presiden Gambia, Yahya jammeh, mengumumkan bahawa dia menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi di negara tersebut.

Hal tersebut datang setelah beberapa hari yang lalu  ia mengeluarkan Gambia dari negara persemakmuran dan menghentikan penggunaan bahasa Inggeris

Akhabr itu menunjukkan bahawa langkah ini datang dalam kerangka orientasi baru Presiden Jammeh, ia mahu menjadi lebih dekat dengan negara-negara Arab dan Islam.

Akhbar tersebut menambahkan Presiden Gambia berusaha untuk mengubah negaranya yang tampak seperti kerajaan dengan nama “Islamic Republik Gambia” dan dia akan memakai gelar Raja.

Dia mencatat bahawa langkah-langkah tersebut akan menambah kemarahan Britain dan Barat, terutama mengingat situasi ekonomi dalam negara itu yang semakin memburuk,

Republik Gambia adalah sebuah negara Afrika barat, dan ibukotanya Banjul, ia merupakan negara terkecil di daratan benua Afrika yang berbatasab dengan Senegal.

Gambia telah di duduki sejak 1843 oleh Britain dan memperoleh kemerdekaann pada tahun 1965, sebagai monarki konstitusional dalam persemakmuran Britain, dan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. (hr/im)
 sumber

No comments: