Thursday, March 20, 2014

Mahkamah ENGLAND Tolak Rayuan Pekerja Ladang MALAYSIA

LONDON: Saudara kepada 24 pekerja ladang getah Malaysia yang dibunuh tentera British pada 1948 semalam kalah dalam usaha terakhir mereka untuk mengambil tindakan undang-undang membabitkan siasatan awam berhubung kematian itu. 

Mahkamah Rayuan England menolak usaha mereka untuk menukar keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati keputusan kerajaan untuk tidak menjalankan siasatan awam pembunuhan di Batang Kali itu, ketika British menduduki Tanah Melayu. 

Pada Disember 1948, askar British menembak dan membunuh 24 lelaki di ladang getah Batang Kali, Selangor sebelum membakar perkampungan berkenaan. 

Tentang komunis 

Insiden yang digelar ‘British’s My Lai’ sepertimana pembunuhan beramai-ramai Perang Vietnam, berlaku ketika Darurat Malaya. Ketika itu, British menjalankan operasi bagi menentang kebangkitan komunis. 

Keluarga mereka yang terkorban mencabar keputusan rasmi dengan menyatakan bahawa mangsa dibunuh ketika cuba menyelamatkan diri dan mahukan siasatan awam penuh bagi menentukan apa yang sebenarnya berlaku. 

Dalam keputusan bertulis pada Rabu, tiga hakim Mahkamah Rayuan berkata, bahawa analisis mereka terhadap isu itu, termasuk aspek hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa menyebabkan mereka membuat keputusan “rayuan perlu ditolak”. 

Bagaimanapun, peguam keluarga terbabit akan membawa kes itu ke mahkamah tertinggi England dan Wales, iaitu Mahkamah Agung dan kemudian kepada Mahkamah Hak Asasi Eropah. 

Jurucakap keluarga terbabit, Quek Ngee Meng berkata: “Walaupun kes rayuan keluarga ini ditolak, perjalanan kita untuk mencari keadilan masih belum selesai. 

“Destinasi rayuan juga tidak terlalu jauh. Sama ada undang-undang hak asasi manusia Britain belum mencapai tahap Eropah dengan bantuan Mahkamah Agung United Kingdom ataupun jika tidak keluarga perlu membuat rayuan ke Eropah untuk memuaskan hati.” - AFP sumber

No comments: