Tuesday, March 4, 2014

MALAYSIA Kutuk Serangan di Kunming, CHINA

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk serangan kejam dan tidak berhati perut oleh kumpulan penyerang bersenjatakan pisau di stesen kereta api di Kunming, ibu negeri provinsi Yunnan di selatan China, Sabtu lalu.

Insiden berdarah itu mengakibatkan 29 orang awam terbunuh dan 103 orang cedera.

 Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, dalam kenyataan di sini hari ini berkata kerajaan Malaysia mengucapkan takziah dan rasa simpati kepada kerajaan China, sanak saudara dan anggota keluarga mangsa serangan itu.


"Kerajaan Malaysia kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan Republik Rakyat China dan masyarakat antarabangsa dalam membanteras tindakan keganasan dan membahayakan nyawa orang tidak bersalah di rantau ini dan seluruh dunia," katanya.

Dalam insiden itu, 10 lelaki bersenjatakan pisau panjang menyerbu masuk ke stesen kereta api di barat daya bandaraya Kunming dan menyerang orang awam.

- BERNAMA sumber

No comments: