Tuesday, March 18, 2014

MALAYSIA - Pembaharuan dalam PBS di Sekolah



KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menetapkan Dokumen Standard Prestasi (DSP) digantikan dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin yassin berkata, penggunaan DSP sebelum ini menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak. 

"Dengan panduan baru ini, guru akan mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dubangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid.

"Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk panduan baru ini," katanya pada sidang media khas di Bangunan Parlimen di sini, sebentar tadi. sumber

No comments: