Saturday, March 29, 2014

MALAYSIA - Ringgit Dijangka Naik Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka berada dalam aliran menaik minggu hadapan sejajar dengan kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif.

Seorang peniaga berkata, arah aliran itu disebabkan oleh ketegangan Ukraine-Rusia yang semakin mereda ditambah pula dengan data global dan pengumuman luar jangka daripada European Central Bank dan People's Bank Of China.

"Peningkatan prospek European Central Bank dan People's Bank Of China akan meneruskan lagi program kuantitatif dalam tempoh terdekat akan menyediakan sumber sokongan yang terhadap saham-saham global, dengan itu memberi rangsangan kepada FBM KLCI seperti ringgit," katanya.


Jumaat lalu, mata wang tempatan itu berada pada tahap tertinggi selama dua minggu di tengah-tengah sentimen positif pada spekulasi ke atas rangsangan ekonomi China.

Pada asas mingguan, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding dolar AS pada 3.2710/2740 dari 3.3070/3100 pada Jumaat lalu.

Ia juga semakin mengukuh berbanding mata wang lain.

Ringgit naik kepada 2.5911/5945 daripada 2.5943/5983 berbanding dolar Singapura dan mengukuh kepada 3.2015/2048 daripada 3.2374/2410 berbanding yen.
Mata wang tempatan naik kepada 5.4351/4420 daripada 5.4513/4582 berbanding pound British dan meningkat kepada 4.4849/4900 daripada 4.5587/5632 berbanding euro.

- BERNAMA sumber

No comments: