Jeneral Sedki Sobhi mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan baru dan ketua tentera manakala Leftenan Jeneral Mahmoud Hegazy menggantikan Sobhi sebagai ketua staf tentera. Hegazy adalah mentua kepada anak lelaki Sisi.


Ketika mengisytiharkan pencalonannya dalam ucapan yang disiarkan pada Rabu, Sisi berjanji memerangi ‘keganasan’ dan berusaha memulihkan ekonomi yang teruk.

Pulih keamanan

Sisi yang popular tidak berdepan saingan serius dalam pilihan raya yang akan diadakan sebelum Jun dan dilihat sebagai pemimpin yang mampu memulihkan keamanan selepas tiga tahun kacau-bilau sejak “Arab Spring” yang menggulingkan Hosni Mubarak. sumber