Friday, March 7, 2014

Netanyahu ke Hollywood untuk Filem Propaganda Israel

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu buat sementara waktu menghindari dialog serius dengan Presiden Barack Obama dengan melakukan kunjungan ke kota bertabur bintang Hollywood pada hari Selasa minggu ini.
 
Kunjungan Netanyahu yang bertujuan untuk mempromosikan pelancongan ke Tanah Suci Palestin (yang sedang dibawah penjajahan Israel) dengan menampilkan tema ” Israel is The Royal Tour , ” yang ditayangkan oleh  acara televisyen publik AS selama satu jam pada minggu ini .

Netanyahu mengatakan dia ingin menunjukkan ” wajah asli negara Yahudi , ” mempromosikan pelancongan ke Tanah Suci , dan mencuba menghilangkan berbagai stigma dunia tentang Negara Israel , ” menurut Reuters .

Dalam filem tersebut , Netanyahu dipandu Greenberg untuk mempromosikan  lokasi pelancongan popular seperti dinding ratapan, kota tua Jerusalem , Tel Aviv dan benteng kuno Masada di wilayah gurun .

Selama penggambaran “Royal Tour , ” digambarkan Netanyahu yang ikut bermain pula  dalam pertandingan bolasepak persahabatan antara pemuda Arab dan Yahudi yang diadakan  dalam rangka program kunjungan tersebut, sebuah tayangan propaganda bagi Israel untuk dunia.

Filem  yang dibuat untuk mensasarkan masyarakat AS untuk pasaran pelancongan , yang pada tahun 2013 lalu pelancongan Israel telah mencapai  rekod 35 juta pengunjung , dan terbesarnya 623.000 pengunjung dari Amerika Syarikat .

Industri pelancongan  ini menyumbang sekitar US$ 11,400,000,000 terhadap perekonomian Israel tahun lalu , menurut Bahagian Pelancongan.  (Arby/Dz) sumber

No comments: