Monday, March 3, 2014

NIGERIA - 35 Maut dalam Letupan

Maiduguri: Sekurang-kurangnya 35 terbunuh akibat dua letupan di kawasan kejiranan padat Nigeria dalam bandar timur laut Maiduguri yang juga kubu kuat militan Islam Boko Haram, kata polis pada Ahad.

“Kami masih mengira jumlah korban. Sehingga kini kami menemui 35 mayat. Pasukan kami masih bertungkus-lumus di tempat kejadian,” kata suruhanjaya polis negeri Borno, Lawal Tanko kepada AFP.
 
 Beliau tidak memberikan perincian lanjut serangan yang berlaku pada Sabtu di bandar wilayah Gomari. Saksi berkata jumlah kematian mungkin meningkat kepada 50 korban selain banyak rumah musnah dalam kebakaran.


“Saya membantu menarik mayat daripada runtuhan rumah yang musnah selepas serangan malam tadi,” kata seorang penduduk yang tidak mahu dikenali.

“Kami menghantar 50 mayat ke hospital pakar Sani Abacha dengan bantuan tentera dan polis,” katanya. “Terdapat mayat lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Suasana cemas dan panik di kawasan itu yang kini kosong. Ramai sudah meninggalkan rumah mereka,” katanya.

Saksi, Mallam Mohammed Buba berkata, letupan berlaku ketika kebanyakan penduduk bersedia untuk sembahyang Maghrib.
“Hanya sebilangan kecil yang cedera akibat letupan pertama tetapi ketika mereka cuba menyelamatkan mangsa letupan pertama itu, letupan kedua menyebabkan ramai terkorban,” katanya. - Agensi sumber

No comments: