Monday, March 3, 2014

PAKISTAN - Gencatan Senjata Dimulai dengan Penyerangan

Peshawar: Tentera Pakistan berkata mereka mengebom persembunyian pemimpin militan semalam, membunuh lima pemberontak, sehari selepas Taliban mengisytiharkan gencatan senjata selama sebulan untuk meneruskan perbincangan perjanjian damai dengan kerajaan.

Serangan, Mullah Tamanchey, yang didakwa mengarahkan serangan ke atas konvoi membawa pasukan vaksin polio dan pasukan keselamatan kelmarin yang mengorbankan 12 orang, kata tentera.

 “Kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindakan ganas dan perbuatan itu dan dibalas,” kata pegawai keselamatan Pakistan yang enggan dikenali.


Beberapa jam selepas serangan ke atas konvoi, Taliban berkata mereka akan memantau gencatan senjata selama sebulan untuk cuba menghidupkan semula rundingan damai yang gagal bulan lalu. Ia juga meminta kumpulan militan lain untuk memantau gencatan senjata itu.

Mula semula rundingan

Perunding kerajaan memberitahu Reuters mereka terbuka untuk memulakan semula rundingan damai selagi Taliban dan sekutunya menghormati gencatan senjata.

Taliban Pakistan, sekutu pergerakan militan itu, berkata ia berjuang menumbangkan kerajaan Perdana Menteri Nawaz Sharif dan menggantikan ia dengan negara yang memerintah dengan undang-undang Islam.
Sharif meneruskan rundingan damai sejak dipilih Mei lalu. Tidak lama selepas rundingan akhirnya bermula pada 6 Februari, Taliban mengebom bas polis di Karachi, meragut 13 nyawa.

Rundingan gagal beberapa hari kemudian apabila cabang Taliban mendakwa membunuh 23 pasukan separa tentera. Pada malam sama tentera mula mengebom kawasan di barat laut yang dikatakan tempat persembunyian militan.

Sejak kebelakangan ini spekulasi memuncak tentera akan melancarkan operasi darat di Waziristan Utara, wilayah puak di sepanjang sempadan dengan Afghanistan yang menjadi kubu kuat Taliban dan al-Qaeda. - Reuters SUMBER

No comments: