Thursday, March 20, 2014

PALESTIN - Gaza Kutuk Penutupan Gerbang Rafah

Gerakan pejuang Islam Hamas menegaskan bahawa rakyat Palestin di Jalur Gaza tidak akan tinggal diam terhadap jenayah penutupan gerbang Rafah.
Jurucakap Hamas, Fauzi Barhoum mengatakan dalam sebuah pernyataan yang disiarkan pada akaun rasminya,”Jika Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil Arabu, Setiausaha Agung OKI, Iyad madani hanya mampu berdiam atas penutupan gerbang Rafah yang dilakukan oleh piak berkuasa Mesir serta segala rancangan untuk menyekat Jalur Gaza, maka suara rakyat Palestin dan suara Gaza akan tetap lantang dan tidak akan pernah diam terhadap kejahatan ini.”
Barhoum mengungkapkan penutupan gerbang Rafah dan sekatan Gaza adalah merupakan jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh Mesir untuk memantu penjajah Zionis melawan perjuangan rakyat Palestin dan Gaza. sumber

No comments: